Kebakaran besar di Kampung Gas, Batu Sapi sudah empat tahun berlalu. Sejak itu juga sebahagian mangsa masih tidak mendapat rumah. Mereka sehingga kini masih tinggal di dalam kontena.<br /><br />Harapan untuk menduduki rumah baharu menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sehingga kini nampak seolah jauh dari nyata.
